Sunday, January 30, 2011

PASAR TERAPUNG DI HATYAI

TEAM LANGGAQ FOTO DI PASAR TERAPUNG DI SUNGAI KLONGHAE.... PASAR TERAPUNG INI TIDAK ADA BEZANYA DENGAN PASAR TErAPUNG DI DAMNOENSADUAK DI RATCHABURI DI BANGKOK,CUMA 95 PERATUS PERNIAGANYA BERAGAMA ISLAM DAN KEBANYAKKAN MAKANAN YANG DIJUAL ADALAH HALAL.






DI WAKTU INI SERAMAI 4 ORANG DARI TEAM LANGGAQ FOTO TRY SHOT DARI ATAS JAMBATAN>>>>>PEMBELAJARAN

lambang team ragbi smktatar

perlis

Thursday, January 27, 2011

sejarah untuk anak muda

Pekan Langgar merupakan sebuah pekan kecil di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km. Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701. Komplek makam ini telah menempatkan ramai kerabat diraja kedah termasuklah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, iaitu perdana menteri Malaysia pertama.
Pekan Langgar juga merupakan sebuah pusat pengajian agama berasaskan Sistem Pondok, iaitu sebuah sistem pendidikan yang tertua di Alam Melayu ini. Sistem Pondok ini telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim ulam yang telah memberi sumbangan yang besar di dalam perkembangan Islam.
Bentuk pondok yang terdapat di Pekan Langgar adalah sama dengan bentuk Penjantren yang terdapat di Pulau Jawa, Madura, Acheh, Minangkabau dan juga Sumatera.
Terdapat banyak pondok-pondok pengajian, antaranya yang terkenal ialah;
1 - Pondok Tuan Haji Mohammad Nor (lebih dikenali sebagai Pondok Tasak)
2 - Pondok Tuan Haji Ahmad Tua
3 - Pondok Tuan Haji Ahmad Janggut
4 - Pondok Sheikh Abdullah Mesir
Penduduknya terdiri dari berbilang kaum dengan 99% adalah berketurunan Melayu Islam.

Friday, January 14, 2011

Selamat Datang ke pekan langgar foto

Blog ini diwujudkan bagi merakamkan tempat dan gambar-gambar keindahan ciptaan Tuhan...

pekan langgar foto diambil semperna daripada nama pekan langgar di negeri kedah darul aman..Kedudukannya terletak diantara jalan ke alor setar dan ke pokok sena..

di sinilah terletaknnya sebuah kedai makan yang menjadi tumpuan masyarakat di pekan langgar...dan disitulah team langgaq foto berkumpul untuk berbincang dan menunjukkan skill masing2 dalam bidang foto ini...