Thursday, January 27, 2011

sejarah untuk anak muda

Pekan Langgar merupakan sebuah pekan kecil di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km. Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701. Komplek makam ini telah menempatkan ramai kerabat diraja kedah termasuklah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, iaitu perdana menteri Malaysia pertama.
Pekan Langgar juga merupakan sebuah pusat pengajian agama berasaskan Sistem Pondok, iaitu sebuah sistem pendidikan yang tertua di Alam Melayu ini. Sistem Pondok ini telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim ulam yang telah memberi sumbangan yang besar di dalam perkembangan Islam.
Bentuk pondok yang terdapat di Pekan Langgar adalah sama dengan bentuk Penjantren yang terdapat di Pulau Jawa, Madura, Acheh, Minangkabau dan juga Sumatera.
Terdapat banyak pondok-pondok pengajian, antaranya yang terkenal ialah;
1 - Pondok Tuan Haji Mohammad Nor (lebih dikenali sebagai Pondok Tasak)
2 - Pondok Tuan Haji Ahmad Tua
3 - Pondok Tuan Haji Ahmad Janggut
4 - Pondok Sheikh Abdullah Mesir
Penduduknya terdiri dari berbilang kaum dengan 99% adalah berketurunan Melayu Islam.

No comments:

Post a Comment